Doa qunut ialah doa yang dibaca ketika rakaat terakhir solat Subuh dan ketika rakaat kedua solat Witir pada separuh yang kedua di dalam bulan Ramadhan (15 Ramadhan hingga malam terakhir Ramadhan).

Hukum membaca qunut di dalam solat Subuh adalah “sunat” mengikut mazhab Imam Syafie (Rujukan).

Disunatkan juga mengangkat tangan ketika membaca doa qunut berdasarkan pendapat sahih dalam mazhab Imam al-Syafie dan juga sahih pada dalilnya.

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi daripada Anas bin Malik RA pada kisah Qurra’ (ahli Quran) yang telah dibunuh maksudnya:

Aku telah melihat Rasulullah SAW setiap kali melakukan solat Subuh, Baginda SAW akan mengangkat tangan dan berdoa ke atas mereka iaitu orang yang telah membunuh para sahabat yang menghafal al-Quran.

Riwayat al-Baihaqi (3145) (Rujukan)

Berikut ialah doa qunut berserta panduan rumi dan maksudnya:

doa qunut

Panduan Bacaan Dalam Rumi

Allahummah dinii fiman hadait,

Wa’aafini fiman ‘aafait,

Wa tawallani fiman tawallait,

Wa baariklii fimaa a’tait,

Wa qinii syarra maa qhadho it,

Fainnaka taqdhi walaa yuqdho ‘alaik,

Wa innahu la yazillu man waalait,

Walaa ya’izzuman ‘aadait,

Tabaarakta rabbana wata’alait,

Falakal hamdu ‘alaa maa qhadho ait,

Wa-astaghfiruka wa atubu ilaik,

Wa sollallahu ‘alaa saiyidinaa Muhammadin wa ala alihi wasoh bihi wassallam.

Maksudnya atau Terjemahannya

Wahai Tuhankku! Tunjukkilah aku sebagaimana mereka yang sudah Engkau berikan petunjuk,

Dan berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan,

Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin,

Dan berilah keberkatan bagiku pada segala apa yang Engkau telah kurniakan,

Dan lindungi aku dari segala bahaya kejahatan yang Engkau sudah qadhakan (hukumkan),

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukannya Engkau yang dihukum,

Maka sesungguhnya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin,

Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi,

Amat berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau,

Maka bagi-Mu jua segala kepujian atas apa yang Engkau tetapkan,

Dan aku meminta ampun kepada Engkau dan meminta taubat kepada Engkau,

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Kelebihan Doa Qunut

Secara umumnya, doa qunut adalah doa untuk menolak bahaya dan memohon kebaikan daripada Allah s.w.t.


Wallahu a’lam

Write A Comment