Dalam agama Islam, mengucap dua kalimah syahadah adalah rukun yang pertama daripada lima rukun Islam.

Syahadah dari sudut bahasa ialah pecahan daripada perkataan (syahada) yang memberi maksud menyaksikan (Rujukan).

Perkataan syahadah juga boleh diertikan memberitahu apa yang dilihat, menafsirkan apa yang diketahui (Rujukan).

Syahadah juga merupakan kalimah tauhid yang diucap oleh setiap orang Islam yang membenarkan dengan lafaz dan hati bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah.

kalimah syahadah

Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Fakta Menarik

Setiap umat Islam yang mendirikan solat 5 waktu sehari semalam akan memperbaharui syahadahnya 9 kali sehari.

Write A Comment