Tentang Kami

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog Islamku. Blog ini diwujudkan pada tahun 2020, bertujuan untuk menjadi satu medium perkongsian agama Islam yang berlandaskan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada 4 perkara iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak (Ijma’) dan Qiyas.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, maklumat sangat mudah diperolehi. Walau bagaimanapun, terdapat juga maklumat atau fakta yang salah turut disebarkan. Selain itu, disebarkan juga fahaman-fahaman baru yang boleh mengugat akidah umat Islam di akhir zaman ini.

Ini terus-menerus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Oleh itu, pihak kami memulakan inisiatif ini bagi menambah kandungan berbahasa melayu dan panduan-panduan dalam Bahasa Arab atau Al-Quran supaya boleh memberi manfaat kepada semua.

Terdapat 3 kategori utama yang menjadi asas kepada blog ini, iaitu Akidah, Syariat dan Akhlak yang sebenarnya turut mewakili ilmu Tauhid, ilmu Feqah (Fiqh) dan ilmu Tasawuf. Kategori Info pula memaparkan perkongsian ringan dan cerita-cerita dalam dunia Islam.

Akhir sekali, pihak kami sentiasa terbuka kepada teguran sekiranya ada kesilapan dari segi ejaan atau baris-baris ayat yang salah. Tuan puan boleh mengemukakan aduan atau cadangan di laman Hubungi Kami.

Diharap perkongsian di sini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Wallahu a’lam.